Sabtu, 27 Februari 2010

HARAPAN 1 MALAYSIA



DI WAJAH SUCIANAK ANAK INI KULIHAT SINAR
DI HATI MURNI MEREKA TERPAHAT SATU IMPIAN
ANDAI SENGKETA MEMBELENGGU SESAMA
ANDAI KERAKUSAN MENGUASAI KITA
KE MANAKAH TUMPAH HARAPAN MEREKA
KERANA
DI BAHU KITALAH TERPIKUL SEGUNUNG AMANAH
DI JEMALA KITA TERJUNJUNG SELAUT IKRAR
MELUNAS SUMPAH,MENUNAI JANJI
AYUHLAH
RAKAN DAN TAULAN,SAHABAT DAN SAINGAN
LUPAKAN BEZA LEBIHKAN MENERIMA
BERTATIHLAH BERSAMAKU
KITA BERJALAN SEIRINGAN,KITA MELANGKAH SATU HALUAN
1 SUARA,1IMPIAN,1 HARAPAN,1MALAYSIA.

Selasa, 2 Februari 2010

Penerapan Unsur 1 Malaysia
Penerapan unsur 1 Malaysia sudah semakin meningkat kerana usaha Perdana Menteri kita meningkatkan usaha - usaha untuk menjadi pemikiran rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terhadap kempen bagi meningkatkan semangat perpaduan yang telah diusahakan oleh Tun Hussien Onn dimana berlakunya jurang antara kaum di Malaysia. Bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan daripada rakyat Malaysia itu sendiri. Pada pendapat saya, penerapan unsur ini sepatutnya dimulakan sejak dari bangku sekolah lagi.

Selasa, 26 Januari 2010

DUNIA YANG HILANG..

DUNIA OH!DUNIA
PADA WAJAHMU TERUKIR GARIS KELUKAAN
KELUKAAN YANG SUKAR DIUBATI
OLEH MANUSIA DURJANA
HIPOKRIT,EGO SEMATA MATA

DUNIA OH!DUNIA
KESEDIHAN DAN KEDUKAANMU
TIADA SIAPA HIRAUKAN
WALAUPUN MERATAP SEPANJANG HARI
MANUSIA TERUS GILA MENGEJAR HARTA
MANUSIA YANG EGO SUKAR DITEGUR
TANPA MENYEDARI MEREKA TERUS
MEMUSNAHKAN KEINDAHANMU

DUNIA OH!DUNIA
BILAKAH NASIB MALANGMU AKAN BERUBAH
KEHIJAUAN MU TIDAK LAGI TERSERLAH
JIKA MANUSIA SEMAKIN ANGKUH,MEGAH
KAU BAGAIKAN HAMBA YANG LEMAH
TIDAK TERDAYA MENAGKIS
MANUSIA YANG GAGAH

WAHAI MANUSIA KERDIL
KECURANGAN YANG TIDAK ADIL
MENGAPA DIBIARKAN BERLARUTAN
INSAFLAH!!KEHADIRANMU SEBAGAI KHALIFAH
BUKAN SEBAGAI PEMUSNAH

Ahad, 24 Januari 2010

TEMAN...

TEMAN..
KAU PENGUBAT KEDUKAAN
DUKAKU YANG BERPANJANGAN
KAU MEMAHAMI HATI DAN PERASAAN

TEMAN....
KAU HADIR SEBAGAI PENYERI
TANPAMU HIDUPKU SEPI
KAU MEWARNAI HIDUP INI
WALAUPUN UNTUK BEBERAPA HARI

TEMAN,
TAKKANKU LUPA,
KENANGAN KITA BERSAMA
TAKKANKU LUPA,
TANGISAN DAN TAWA
AKANKU INGAT SENTIASA
MENJADI MEMORI SUKA DAN DUKA

PERJALAN BERDURI.....

INGATLAH....
WAHAI RAKAN SEPERJUANGAN
PERJALANAN BERLIKU HARUS DIREDAHI
SELAGI NOKTAH PERJUANGAN
BELUM DITEMU WAJAHNYA
JANGANLAH KALIAN LEKA DI PERJALANAN
KELAK TERSUNGKUR LEMBAH KEGAGALAN

PELUANG YANG ADA HARUS DISAMBAR
BENTANG KERAPUHAN PERLU DMAMPANKAN
INGATLAH JUGA RAKANKU
WUJUDKAN FATAMORGANA BIAH SOLEHAH
AGAR KETENTUAN IMAN MENJADI CERAH
REZEKI BERTAMBAH MURAH

MUNGKIN RAMAI LAGI MASIH BERTELEKU
MELAMBAI LAMBAI DI POHON KEALPAAN
MENGAPA HARUS BEGITU....
JADILAH SEPERTI KATA PUJANGGA
SESUDAH JATUH KITA BANGUN
KEMUDIAN BERLARI DAN TERUS BERLARI
MENGHALA KERHEDAAN ILAHI