Sabtu, 27 Februari 2010

HARAPAN 1 MALAYSIA



DI WAJAH SUCIANAK ANAK INI KULIHAT SINAR
DI HATI MURNI MEREKA TERPAHAT SATU IMPIAN
ANDAI SENGKETA MEMBELENGGU SESAMA
ANDAI KERAKUSAN MENGUASAI KITA
KE MANAKAH TUMPAH HARAPAN MEREKA
KERANA
DI BAHU KITALAH TERPIKUL SEGUNUNG AMANAH
DI JEMALA KITA TERJUNJUNG SELAUT IKRAR
MELUNAS SUMPAH,MENUNAI JANJI
AYUHLAH
RAKAN DAN TAULAN,SAHABAT DAN SAINGAN
LUPAKAN BEZA LEBIHKAN MENERIMA
BERTATIHLAH BERSAMAKU
KITA BERJALAN SEIRINGAN,KITA MELANGKAH SATU HALUAN
1 SUARA,1IMPIAN,1 HARAPAN,1MALAYSIA.

Selasa, 2 Februari 2010

Penerapan Unsur 1 Malaysia
Penerapan unsur 1 Malaysia sudah semakin meningkat kerana usaha Perdana Menteri kita meningkatkan usaha - usaha untuk menjadi pemikiran rakyat Malaysia lebih berfikiran terbuka terhadap kempen bagi meningkatkan semangat perpaduan yang telah diusahakan oleh Tun Hussien Onn dimana berlakunya jurang antara kaum di Malaysia. Bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjaya tanpa bantuan dan sokongan daripada rakyat Malaysia itu sendiri. Pada pendapat saya, penerapan unsur ini sepatutnya dimulakan sejak dari bangku sekolah lagi.